Nama Program :
Program Peningkatan Prestasi Sains PT3
Tarikh, Hari dan Masa :
1 Februari 2017, Rabu , 8.00pagi - 1.00 petang
Tempat :
Dewan Makan Asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Anjuran :
Panitia Sains SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Penceramah :
Tuan Mohd Aris bin Mohd Hassan, Guru Pakar Sains
Perserta :
Semua Pelajar Tingkatan 3 2017
Pelaporan :
Panitia Sains SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan Program Peningkatan Prestasi mata pelajaran sains bagi calon-calon PT3 2017 pada 1 Februari 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Makan Asrama SMK BBST. Program ini bermula pada jam 8.00pagi sehingga 10.00pagi ( Slot 1 - Kelas 3 Jujur, 3 Harmoni, 3 Cekal, 3 Mulia, 3 Tekun dan 3 Ikhlas) dan 10.30pagi sehingga 1.00petang (Slot 2 - Kelas 3 Abu Bakar, 3 Saidina Umar, 3 Budi, 3 Yakin, 3 Bakti dan 3 Gigih). Program ini dikendalikan oleh Tuan Mohd Aris bin Mohd Hassan yang merupakan seorang guru pakar subjek sains.
Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran sains terutamanya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini. Pengisian program adalah lebih kepada huraian dan analisis soalan berbentuk KBAT dengan membincangkan contoh soalan yang berkaitan. Selain itu, pelajar didedahkan juga kepada contoh soalan yang berbentuk aplikasi kemahiran sains, teknik-teknik mudah menguasai 27 bab Sains (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan teknik membuat peta minda & kata kunci.
Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan membantu pelajar dalam mendalami ilmu sains dengan lebih mudah dan berkesan. secara tidak langsung program ini juga dapat menyuntik semangat dan azam pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 yang akan datang.
Penglibatan pelajar semasa program |
Teknik dalam memahami soalan berbentuk rajah |
Teknik membuat Peta Minda dan Kata Kunci |