Nama Program :
Penetapan Target & Akur Janji Murid Asrama 2017
Tarikh, Hari, Masa :
09hb Februari 2017, Khamis, 9.00 - 11.00 malam
Tempat :
Bilik Bahasa SMK Bandar Baru Saslak Tinggi
Anjuran :
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMKBBST
Peserta :
Aspuri Dorm 5, Ibu bapa murid
Pelaporan :
Unit Bimbingan
dan Kaunseling telah menganjurkan Program Penetapan Target & Akur janji Murid Aspuri Dorm 5 pada 09 Februari 2017 bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Program
ini akan diadakan secara berperingkat mengikut dorm asrama berpandukan jadual yang telah ditetapkan. Ibu bapa turut dijemput hadir untuk bersama-sama murid bagi membincangkan target yang ingin dicapai anak masing-masing. Objektif program adalah meningkatkan prestasi pencapaian murid asrama dalam bidang akademik, sahsiah dan hafazan selain menggalakkan peranan ibu bapa sebagai pencetus motivasi dan menyokong anak-anak. Objektif program ini juga bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Program ini telah dikendalikan oleh Tn.Hj Arbain bin Pinni, Pengetua SMK.BBST dan dibantu oleh Kaunselor sekolah. Diantara pengisian program adalah pembentangan target murid asrama oleh Tuan Pengetua, menguji hafazan murid serta Akur Janji penetapan target murid di hadapan ibu bapa. Program ini telah memberi impak yang menyentuh hati ibu bapa dan murid yang terlibat. Ini kerana mereka berpeluang menyatakan perasaan dan harapan masing-masing untuk menjadi anak dan ibu bapa yang cemerlang. Program berakhir pada jam 11.00 malam.
|
Taklimat Pengetua kepada ibu bapa murid Aspuri |
|
Menguji Hafazan murid Aspuri |
|
Penetapan target murid Aspuri |
|
Harapan dan kata-kata semangat Ibu bapa kepada anak-anak |
|
YDP PIBG turut sama memberi kata-kata perangsang |
|
Mendoakan kejayaan anak-anak |
|
Mempamerkan target di tempat yang disediakan & disaksikan Ibu bapa |