MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID
Nama Program : MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID
Hari : Isnin
Masa : 7.30-8.30 pagi
Unit : Hal Ehwal Murid
Tempat : Dataran Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Anjuran : KPM & PDRM
Pelaporan : Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah & Peti Aduan Murid adalah kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada
usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian
murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah
terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan
pemudahcara disamping berperanan sebagai guru disiplin. Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa
bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting.
Ucapan teks perasmian daripada PDRM yang disampaikan oleh Inspektor Farah Halim bt Azizan
Ucapan teks perasmian daripada KPM yang disampaikan oleh tuan pengetua Haji Arbain bin Pinni
Penyerahan plak kepada pihak sekolah daripada PIBG
Penyerahan Peti Aduan Murid daripada PDRM