Nama Program: Sesi "Test Run" Ujian Berkomputer (Offline) Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB, Kategori Sekolah Menengah
Tarikh: 10 Januari 2017
Tempat: Makmal Komputer Bestari 1
Anjuran: Bahagian CSR, Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Kelab Pelaburan Bijak SMK BBST
Peserta: 20 orang pelajar Tingkatan 5 (Tajaan PNB)
Pada 10 Januari 2017, Bahagian CSR Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengadakan satu sesi "Test Run" Ujian Berkomputer Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB, Kategori Sekolah Menengah. Sesi Test Run ini diadakan secara offline di Makmal Komputer Bestari 1. Seramai 20 orang pelajar tajaan PNB terlibat sama dalam sesi ini.
Sesi ini dikendalikan oleh dua orang pegawai PNB iaitu Encik Rasyidan dan Encik Iskandar Rashdan serta dibantu oleh dua orang guru Kelab Pelaburan Bijak, Pn Hjh Siti Aisyah Jais dan Pn Anny Azlina Ahmad. Objektif utama sesi ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan kuiz secara berkomputer berbanding secara bertulis seperti sebelumnya.
Sesi ini bermula pada jam 2.30 petang dengan taklimat yang diberikan oleh Encik Rasyidan. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz yang telah dipasang (install) dalam komputer. Setelah selesai menjawab kuiz, para pegawai mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar mengenai kuiz yang diadakan. Semua peserta diberikan cenderahati.
Pertandingan kuiz sebenar akan diadakan pada bulan Mac sehingga April 2017. Seramai 100 orang peserta digalakkan untuk menyertai kuiz pelaburan ini dan setiap peserta akan menerima sijil peringkat daerah.
Dua orang pegawai Bahagian CSR PNB selesai memberikan taklimat kepada peserta |
Peserta sedang menjawab soalan kuiz |
Peserta sedang menjawab soalan kuiz sambil dibantu oleh pegawai PNB |
20 orang pelajar tajaan PNB bersama-sama dua orang pegawai CSR PNB |