Saturday, January 7, 2017

Dapur Dhuha

Nama Program: Dapur Dhuha
Tarikh: Bermula 6 Januari 2017
Anjuran: Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam

Pelaporan:

Bermula 6 Januari 2017, SMK BBST telah menganjurkan Program Dapur Dhuha anjuran Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam. Program Dapur Dhuha ini merupakan cetusan idea daripada Pengetua SMK BBST, Th Hj Arbain bin Pinni yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru Muslim untuk mengamalkan solat sunat Dhuha dan memakmurkan surau As-Syifa'. Objektif utama program Dapur Dhuha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sentiasa memohon pertolongan Allah dengan menlazimi solat sunat Dhuha. Seterusnya program ini juga dapat mendidik pelajar agar sentiasa mengimarahkan surau. Di samping itu juga, program ini dapat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk berkongsi rezeki agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Secara tidak langsung ia dapat menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyumbang bagi menjayakan program ini. Segala sumbangan boleh diserahkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK BBST. 

Taklimat program Dapur Dhuha oleh Ustazah Siti Suryani binti Malat

Antara pelajar-pelajar yang telah selesai menunaikan Solat Dhuha di Surau As-Syifa' SMK BBST. Kami bersyukur dengan adanya program Dapur Dhuha ini.

Pelajar-pelajar berkongsi rezeki yang telah disumbangkan secara bersama-sama. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.