Nama Program:
Bengkel Pengaturcaraan Java untuk Subjek Sains Komputer Guru-guru Daerah Sepang
Tarikh, Hari dan Masa:
15 Januari 2017, Ahad, 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat:
Frog Classroom PPKI, SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Anjuran:
Panitia Sains Komputer Daerah Sepang 2017
Penceramah:
En Mohd Farid , Guru Sains Komputer SMKA Segambut Jaya
Peserta:
Semua guru Sains Komputer Daerah Sepang
Pelaporan:
Panitia Sains Komputer Daerah Sepang telah menganjurkan satu bengkel pengenalan pengaturcaraan Java untuk semua guru Sains Komputer Daerah Sepang. Bengkel ini telah diadakan pada 15 Januari 2017 di Frog Classroom PPKI, SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Seramai 10 orang guru Sains Komputer yang terlibat daripada 9 buah sekolah menengah harian di Sepang yang menawarkan subjek Elektif Sains Komputer.
Sains Komputer merupakan salah satu subjek elektif iktisas (MPEI), yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 mulai tahun 2017. 3 bidang pembelajaran utama yang akan diikuti oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek elektif ini ialah Pengaturcaraan, Pangkalan Data dan Human Computer Interaction(HCI).
Cikgu Mohd Farid, Penceramah dari SMKA Segambut Jaya |
Tunjuk ajar daripada penceramah |
Antara guru Sains Komputer daerah Sepang yang hadir semasa bengkel |
Antara topik latihan dalam bengkel |