Pada 15 Februari 2016, pihak FrogAsia telah memilih SMK BBST sebagai salah sebuah “HUBS SCHOOL” bagi daerah Sepang. Melalui Hubs School ini, guru boleh:
- Menghadiri bengkel PIE (Participation, Interaction, Engagement) yang dianjurkan oleh guru yang pakar dalam penggunaan VLE Frog untuk pengajaran dan pembelajaran (Frog Advocates). Bengkel ini membimbing peserta menarik perhatian dan meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif dalam PdP melalui penghasilan Site.
- Mendapat bimbingan dan sokongan daripada Frog Advocates
- Menjadi sebahagian daripada komuniti pengajaran yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah yang berdekatan
Majlis pelancaran Hubs School ini telah dilaksanakan sekali bersama-sama Majlis Pelancaran Frog Classroom pada 29 Faebruari 2016. Semoga SMK BBST dapat menjadi sebuah Hub School yang terbaik dan dapat memberi peluang kepada semua guru di sekitar SMK BBST untuk menimba ilmu untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.