Wednesday, April 27, 2016

VLE Dalam PdP - Bahasa Melayu

Bagi membudayakan lagi VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran, SMK BBST telah melaksanakan penjadualan VLE sepenuhnya mengikut subjek bermula pada bulan April. Sebelum ini SMK BBST telah melaksanakan porgram "Open Lab Challenge" dari bulan Januari sehingga Mac di mana guru-guru boleh menempah sendiri makmal komputer untuk sesi VLE dalam PdP.

Pembudayaan VLE dalam PdP atau lebih dikenali sebagai "VLE Roster" telah dilaksanakan pada pertengahan bulan April dengan subjek Bahasa Melayu. Semua guru Bahasa Melayu sesi pagi dan petang perlu melaksanakan VLE dalam PdP mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya guru subjek tidak hadir ke sekolah atas urusan rasmi, guru subjek perlu menyediakan bahan dalam VLE untuk diakses oleh murid mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Guru ganti akan membawa murid kelas berkenaan untuk melaksanakan VLE dalam PdP. 3 buah makmal dan satu Frog Classroom digunakan sepenuhnya untuk tujuan PdP.

Berikut adalah hasil pelaksanaan VLE dalam PdP bagi subjek Bahasa Melayu.

Tarikh:  29 Mac 2016 - 1 April 2016
Jumlah slot PdP sesi pagi : 28 slot
Jumlah slot PdP sesi petang: 21 slot
Jumlah log masuk : 1671
Pengguna Unik : 922
Purata masa pengguna: 23 minit




PdP VLE Bahasa Melayu di Makmal Komputer Bestari 1

PdP VLE Bahasa Melayu di Makmal Komputer Bestari 3

PdP VLE Bahasa Melayu di Makmal Komputer 2

PdP VLE Bahasa Melayu di Frog Classroom