Monday, April 18, 2016

Kempem "I Want to Sihat-Berjalan 10 Ribu Langkah"



Fakta Berjalan 10,000 langkah
  • Berjalan 10,000 langkah = 6.5 km (380 kalori)
  • Berjalan 1 km = 1200 langkah
  • Secara purata 1 minit = 100 langkah
Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggrannya akan mengurangkan 64 gram lemak. 

Faedah berjalan kaki

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Aktiviti 10 Ribu Langkah yang telah dilaksanakan oleh warga SMK BBST 

Aktiviti Senamrobik

Pelajar-pelajar yang menyertai kempen 10K Langkah


Penglibatan guru-guru

Perlawanan Bola Jaring antara SMK BBST dan Klinik Kesihatan Salak


Ceramah kesihatan


Penyampaian hadiah kepada pemenang Makanan Sihat

Persembahan Tarian Soran Bushi oleh pelajar-pelajar SMK BBST