Sambutan memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj
Tarikh / Masa / Hari :
21-04-2017 / 2.15 - 3.30 petang / Jumaat
Tempat :
Dewan Terbuka SMKBBST
Sasaran :
Semua guru dan pelajar yang beragama Islam sesi petang
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SMKBBST
Objektif. :
1. Memperingati peristiwa berlakunya Isra' dan Mikraj.
2. Mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mikraj.
3. Mendorong guru dan pelajar mempertingkatkan amalan mulia untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Laporan keseluruhan:
Program tersebut telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang dengan didahului selawat dan bacaan Yassin serta diteruskan dengan tazkirah isra' dan mikraj oleh Pn Nibrasul Huda binti Mohd. Darus.
Sambutan guru dan pelajar amat baik sekali.semoga program ini dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa semua guru dan pelajar.Diharap juga agar pada masa akan datang dapat dipanjangkan masa program agar aktiviti kuiz dapat dijalankan. Sekian terima kasih.
![]() |
Tazkirah oleh Pn Nibrasul Huda bt.Mohd .Darus |
![]() |
Barisan guru dan pelajar yang mengikuti program. |
![]() |
Ucapan ringkas Puan Hanizam bt Mohd Rosli selaku PK Petang |