Tuesday, June 13, 2017

PERTANDINGAN FROGPLAY PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama Program:
Pertandingan FrogPlay Peringkat Kebangsaan 2017

Tarikh, Hari, Masa:
Bermula 11 Jun 2017 sehinggan 11 Ogos 2017 (2 bulan)

Peserta:
Semua murid SMK BBST 

Anjuran:
Frog Asia Sdn Bhd

FrogAsia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan satu Pertandingan FrogPlay Peringkat Kebangsaan bagi semua sekolah di Malaysia yang boleh mengakses FrogPlay. Sekolah-sekolah digalakkan untuk mengaplikasikan pembelajaran berkonsepkan gamifikasi menerusi aplikasi FrogPlay yang terdapat dalam akaun Frog VLE murid-murid.

Apakah itu FrogPlay ?
FrogPlay merupakan satu aplikasi ulangkaji terbaru dalam Frog VLE yang berkonsepkan 'gamification learning' untuk meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran. Melalui FrogPlay, guru-guru boleh melibatkan murid dalam satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kuiz-kuiz interaktif dan melihat prestasi murid secara berterusan. Murid-murid boleh mengendalikan pembelajaran mereka sendiri dengan menggunakan kuiz dan permainan yang disediakan secara kendiri tanpa bantuan guru.

Apakah kelebihan FrogPlay dari perspektif guru?



Apakah kelebihan FrogPlay kepada murid ?



Apakah yang perlu dilakukan untuk menyertai pertandingan ini ?
Sebagai murid, anda hanya perlu :

1. Log in VLE masing-masing
2. Klik Quick Lunch
3. Klik FrogPlay
4. Jawab kuiz, bermain dan menang !

Bagaimana cara untuk memenangi FrogPlay Championship ini ?

Terdapat 2 kriteria pemilihan.
  • Pertama, 20 sekolah terbaik dengan jumlah masa penggunaan FrogPlay tertinggi sepanjang 11 Jun - 11 Ogos 2017, akan disenarai pendek.
  • Pada 25 Ogos 25 2017, sekolah yang bertanding perlu menyerahkan kembali borang kepada wakil FrogAsia. Borang tersebut akan digunakan semasa proses penjurian bagi kriteria pemilihan yang kedua. Sekolah-sekolah perlu menghuraikan usaha-usaha mereka dan impak FrogPlay terhadap sekolah dari 11 Jun- 11 Ogos 2017. Panel juri FrogAsia akan menyenarai pendek 10 sekolah terbaik.

Apakah proses seterusnya?

  • Kami akan menghantar jemputan kepada sekolah terbaik untuk melakukan pembentangan mengenai usaha dan impak yang melibatkan FrogPlay. Jadual pembentangan diberikan kepada sekolah yang terlibat.
  • 3 sekolah terbaik akan diumumkan pada 29 September 2017.

Tunggu apa lagi? Mula bermain dan galakkan pelajar anda menggunakan FrogPlay sebanyak mungkin!

[Sumber: www.frogplay.my]