Friday, April 6, 2018


PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 

Tajuk :
Program 5 Minit Anti Dadah

Tarikh / Hari / Masa:
14 Mac 2018 /Rabu / 7.30 pagi 

Tempat:
Dataran Pengetua SMK BBST.

Sasaran:
Semua pelajar Tingkatan 3,4,5 & 6

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Nur Irdina Syazreen Binti Mohd. Faizal (5PP2) & Nik Aisyah Hafizah Binti Nik Mohamed (5PP2) -Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pelaporan:

Pembimbing Rakan Sebaya di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program 5 Minit Anti Dadah dalam perhimpunan pagi pada hari Rabu 14 Mac 2018 sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Program 5 Minit Anti Dadah ini telah disampaikan oleh PRS iaitu saudari Nur Irdina Syazreen Binti Mohd. Faizal dari kelas 5PP2 dan dibantu oleh saudari Nik Aisyah Hafizah Binti Mohamed juga dari kelas 5PP2. Tajuk yang telah disampaikan oleh mereka adalah tentang 'Bahaya Menghidu Gam'. Banyak maklumat dan info terkini yang beliau telah sampaikan. Diakhir program, saudari Irdina telah memberikan soalan kuiz dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz berkenaan. Program ini mendapat kerjasama yang baik dari kalangan murid dan secara tidak langsung mereka berlumba untuk menjawab soalan kuiz dan menerima hadiah yang disediakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.





PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH 

Tajuk :
Program 5 Minit Anti Dadah

Tarikh / Hari / Masa:
28 Februari 2018 /Rabu / 7.30 pagi 

Tempat:
Dataran Pengetua SMK BBST.

Sasaran:
Semua pelajar Tingkatan 3,4,5 & 6

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Akmal bin Miswan kelas 5MPV -Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pelaporan:

Pembimbing Rakan Sebaya di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program 5 Minit Anti Dadah dalam perhimpunan pagi pada hari Rabu setiap bulan  sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Program 5 Minit Anti Dadah ini telah disampaikan oleh PRS iaitu saudara Akmal bin Miswan dari kelas 5MPV. Beliau telah menyampaikan tajuk 'Bahaya Rokok dan Vape' dan dibantu oleh beberapa orang ahli PRS yang lain. Banyak maklumat dan info terkini yang beliau telah sampaikan. Diakhir program, saudara Akmal telah memberikan soalan kuiz dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz berkenaan. Program ini bukan sahaja dapat mengasah bakat PRS untuk bercakap di hadapan khalayak dan membina keyakinan diri murid, malah ia juga mendidik murid untuk memberikan sokongan dan kerjasama yang erat diantara satu sama lain.

  







Monday, April 2, 2018


MAJLIS PELANCARAN MINGGU KERJAYA TAHUN 2018 

Tajuk :
Majlis Pelancaran Minggu Kerjaya Tahun 2018

Tarikh / Hari / Masa:
26 Mac 2018  /Isnin / 7.45 pagi - 9.00 pagi

Tempat:
Dataran Pengetua SMK BBST.

Sasaran:
Semua pelajar Tingkatan 3,4,5 & 6

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kapten Kamarudin bin Kamilin, Chief Executive Officer MAB Academy Sdn.Bhd

Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Majlis Pelancaran Minggu Kerjaya di Dataran Pengetua SMK.BBST pada 26 Mac 2018 sewaktu perhimpunan rasmi sekolah bermula jam 7.45 pagi hingga jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) selaku Pengacara Majlis. Majlis dimulakan dengan slot 'Bicara Inspirasi' oleh tetamu jemputan khas iaitu Kapten Kamarudin bin Kamilin yang berkongsi kisah hidup dan pengalaman beliau sebagai Juruterbang Malaysian Airline System (MAS) sehinggalah memegang jawatan sekarang selaku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi MAB. Beliau turut memberikan kata-kata motivasi dan perangsang kepada semua pelajar untuk berusaha mencapai apa yang mereka cita-citakan dalam hidup. Selain itu, beliau juga memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberi. Seterusnya Kapten Kamarudin telah merasmikan 'Minggu Kerjaya SMKBBST bagi Tahun 2018". Selesai acara perasmian dan pelancaran, Pengacara Majlis telah mempersilakan barisan PRS untuk membuat persembahan berkaitan bidang kerjaya yang terdapat di pasaran di pentas utama.















 

Sunday, April 1, 2018


PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM & STPM 

Tajuk :
Pameran Pendidikan dan Kerjaya Selepas SPM & STPM

Tarikh / Hari / Masa:
15 Mac 2018  /Khamis / 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat:
Dewan Terbuka SMK BBST.

Sasaran:
Semua pelajar tingkatan 5 & 6 serta calon lepasan SPM 2017

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Terbuka SMK.BBST pada 15 Mac 2018 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari iaitu pada hari yang sama dengan keputusan SPM 2017 diumumkan. Pameran ini melibatkan beberapa Kolej Swasta antaranya adalah Kolej UNISEL,MMU Cyberjaya, Kolej Polytech MARA, Kolej Teknologi Timur, KPJ, KUIS, CUCMS, GMI, Aviation Management College dan UniMy. Selain itu UiTM juga turut serta dalam pameran kali ini bagi mempromosikan program  "Destini Anak Bangsa" bagi membantu murid yang kurang berkemampuan dikalangan Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi secara percuma. Objektif Pameran  Pendidikan ini adalah bagi menyebar luas maklumat pengajian serta kursus-kursus yang ditawarkan selepas SPM dan STPM serta tidak terikat dengan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja. Selain pelajar lepasan SPM tahun 2017, calon SPM tahun ini juga berpeluang mengunjungi booth-booth pameran dan membuat perancangan hala tuju pendidikan masing-masing.


Lawatan Pengetua dan YDP PIBG SMKBBST ke booth-booth pameran




Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) membantu menyediakan booth-booth pameran

Persiapan tempat booth pameran


PELAKSANAAN INVENTORI PSIKOMETRIK IMK & ITP TINGKATAN 1

Tajuk :
Pelaksanaan Inventori Psikometrik IMK & ITP tingkatan 1

Tarikh / Hari / Masa:
06 Hingga 30 Mac 2018  / 2.00 petang - 05.30 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat SMK BBST.

Sasaran:
Pelajar Tingkatan 1

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST


Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan ujian Psikometrik tingkatan 1 bermula 06 Mac sehingga 30 Mac 2018 pada jam 2.00 petang hingga jam 05.30 petang. Program ini dilaksanakan untuk semua pelajar tingkatan 1. Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti minat dan kerjaya serta personaliti pelajar apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, ia juga adalah program wajib dilaksanakan oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia. Selain menjawab inventori, Kaunselor juga telah memberi pentafsiran hasil ujian kepada pelajar agar mereka jelas dan faham tentang personaliti serta minat kerjaya masing-masing.