Monday, April 17, 2017


Aktiviti Kelab Bimbingan & Kaunseling : Ceramah Kerjaya Fotografer


Tarikh, Hari, Masa:
08 Mac 2017, Rabu, 3.30 Petang

Tempat:
Dewan Makan Asrama

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling 

Sasaran:
Semua Ahli Kelab Bimbingan & Kaunseling (PRS, PPDa dan Kerjaya)

Pelaporan:
Pada 08 Mac 2017 yang lalu telah diadakan ceramah kerjaya bidang Fotografi bagi aktiviti Kelab Bimbingan & kaunseling. Ceramah tersebut telah dikendalikan oleh Cik Ameera Hafiza bt Abdul Hamid seorang Fotografer sambilan.
 
Sepanjang sesi ceramah tersebut, Cik Ameera telah berkongsi pengalaman beliau sebagai  Fotografer dan memberi peluang kepada ahli kelab untuk bersoal jawab dengan beliau. Cik Ameera yang berkelulusan bidang Perniagaan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut memberi motivasi dan galakan kepada murid yang berminat bidang fotografi dan memberi tips bagaimana untuk bermula menjadi seorang Fotografer Profesional. Banyak maklum balas yang diberikan oleh ahli kelab sepanjang sesi ceramah ini berlangsung. Ceramah Kerjaya ini selesai pada jam 5.30 petang.