Friday, May 25, 2018

SUMBANGAN IFTAR PERDANA BERSAMA IMAM PALESTIN


SMK Bandar Baru Salak Tinggi akan mengadakan Majlis Iftar Perdana Bersama Imam Palestin pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Jun 2018 | 16 Ramadhan 1439H
Masa : 5.30 petang - 10.00 malam

Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Guru dan Staf, Panitia Pendidikan Islam, Program Pendidikan Khas Integrasi, Pengurusan Asrama dan PIBG SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa atau orang ramai anda sama ada untuk Iftar Perdana, Bantuan murid keluarga Asnaf atau Sumbangan Hari Raya untuk murid.

Sumbangan ikhlas ini boleh diserahkan kepada guru tingkatan (untuk pelajar SMK BBST), AJK PIBG atau disalurkan terus melalui akaun Kelab Guru dan Staf SMK BBST (Nombor Akaun: 562375407447-Maybank). Sila whatsapp/telegram slip pembayaran sumbangan kepada Pengerusi KEBAGUS Pn Hajah Noor Razalina binti Mohd Rashid (019-6283808) atau Bendahari KEBAGUS Pn Amirul Nur Akimi binti Abdullah (019-2039585)

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”

Moga ramadan ini yang terbaik dan kita tidak rugi lagi. Sumbanglah seikhlas mungkin mengikut kemampuan anda. Ganjaran Allah itu pasti.




Wednesday, May 16, 2018

PROGRAM HALA TUJU SELEPAS SPM & STPM 2018


Tajuk :
Ceramah Hala Tuju Selepas SPM & STPM

Tarikh / Hari / Masa:
31 Mac 2018 /Sabtu / 8.30 pagi 

Tempat:
Dewan Terbuka SMK BBST.

Sasaran:
Semua pelajar Tingkatan 5 & 6 dan Ibu Bapa

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Tuan Haji Mustaffa Bin Abdullah ( Perunding Hala Tuju Pendidikan).
Dato' Dr. Haji Abdul Karim Bin Mansor, DPMS, ASA, PJK


Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program Ceramah Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM & STPM pada hari Sabtu 31 Mac 2018 bertempat di Dewan Terbuka. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mustaffa Bin Abdullah yang merupakan Pakar Perunding Hala Tuju Pendidikan bagi lepasan SPM & STPM.  Banyak maklumat dan info pendidikan terkini yang beliau telah sampaikan berkaitan syarat kemasukan ke universiti, bagaimana memilih kursus yang betul, selain tips-tips yang berguna bagi memastikan pelajar membuat perancangan yang betul selepas SPM & STPM. Tuan Haji Mustaffa turut menyarankan kepada ibu bapa yang hadir agar dapat membantu dan membimbing anak masing-masing supaya membuat pilihan kursus yang sesuai dengan minat dan kelayakan mereka. Selain Tuan Haji Mustaffa, para pelajar turut diberi motivasi dan perkongsian pengalaman oleh Dato' Dr. Haji Abdul Karim Mansor. Turut hadir sama menyokong program ini adalahTuan Haji Helmy bin Arshad, selaku YDP PIBG SMK. Bandar Baru Salak Tinggi.






 















Saturday, May 12, 2018

CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) 3.2 - CATCH-UP SESSION



Tajuk Program :
CATCH-UP SESSION -  CPD TeachSmart 3.2 - Kajian Tindakan

Tarikh,Hari,Masa

14 Mac 2018- Rabu 2:00 petang - 4:petang

Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi

Sasaran :
Guru-guru Baharu dan Guru yang tidak hadir semasa CPD 3.2  dijalankan.

Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )

Matlamat CPD :
1. Ke arah membudayakan guru-guru SMK BBST menggunakan pelbagai data dan melaksanakan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya  meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia  menerusi  Pembelajaran Abad ke-21.

2.  melayakkan SMKBBST untuk mendapat akreditasi Program Sekolah Amanah dengan sekurang-kurangnya 70% guru melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan amalan pdpc mereka dan menambahbaik perkembangan dan pencapaian murid

Objektif CPD :
Untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang Kajian Tindakan

Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:

1. Mengenal pasti tujuan kajian tindakan
2. Mengenal pasti format penulisan  proposal kajian tindakan
3. Mengenal pasti format penulisan laporan kajian tindakan
4. Mengenal pasti cara mengenal pasti  isu atau fokus kajian tindakan


Penceramah/Fasilitator/Middle Leader

1. Datin Rosnani bt Ab.Latif
2. Pn.Hamizah bt Yeop Yahya
3. Pn Siti Suryani bt Malat
4. Pn.Siti Zamhemrah bt Mat Ghani
5. Pn.Puvana a/p Palanisamy

Pelaporan :



Catch-up Session untuk CPD di bawah tajuk kajian tindakan ini diadakan bagi memastikan semua guru SMK BBST diberi pendedahan tentang proses kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan sebagai satu sasaran guru ( teacher target ) untuk tahun 2018. Di samping itu diharapkan juga dengan adanya pendedahan ini, guru-guru SMKBBST akan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan ini yang melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid. 



Pelaporan Bergambar




Antara Peserta yang Hadir 


CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) 3.3

Tajuk Program :
CPD TeachSmart 3.3 - ALAT BERFIKIR DAN PENYOALAN EFEKTIF

Tarikh,Hari,Masa

12,14 dan 15 Februari 2018- Isnin/Selasa/Khamis/ 2:00 petang - 4:petang / 11:00 pg - 1:00 petang

Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi

Sasaran :
Semua Guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )

Matlamat CPD :
1. Mengukuh dan meningkatkan amalan terbaik PDPC di dalam bilik darjah dalam kalangan guru SMKBBST dengan menggunakan kemahiran menyoal yang berkesan dan penggunaan alat-alat berfikir yang relevan dan menarik  untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya  meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia  menerusi  Pembelajaran Abad ke-21.


Objektif CPD :
Untuk mengukuhkan dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang kaedah dan strategi pengajaran di dalam bilik darjah

Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:

1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri penyoalan yang efektif
2. Mengenal pasti alat-alat berfikir
3. Melaksanakan mikro teaching menggunakan alat-alat berfikit dan  penyoalan efektif.


Penceramah/Fasilitator/Middle Leader

1. Pn.Nik Noraihan bt Abd Hamid
2. Pn.Zarina bt Ibahim
3. Pn.Nurul Shazaliza bt Yahya
4. Pn.Mazuin bt Mustafa
5. Pn.Sharifah bt Bahari

Pelaporan :

CPD ini dilaksanakan bagi membaiki dan mengukuhkan lagi  pengetahuan dan kemahiran guru SMK BBST tentang strategi pdpc menggunakan alat-alat berfikir dan penyoalan efektif bagi meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid. 

Beberapa kumpulan telah ditetapkan oleh pihak SLT. Setiap kumpulan diminta melaksanakan sesi "micro teaching" dalam tempoh masa 10 minit. Pelaksanaan micro teaching ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menyumbang idea kepada guru-guru tentang pengaplikasian atau pelaksanaannya semasa pdpc di dalam bilik darjah.


Pelaporan Bergambar


Pembentangan oleh ML Pn Nik Noraihan bt Abd Hamid


Antara peserta CPD 



Pemantauan oleh wakil  PPD Sepang



Sesi Micro Teaching

Sesi Micro Teaching


Kumpulan Middle Leader yang terlibat sebagai pembentang








                   

Tuesday, May 8, 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN DARI SMK BALUNG, TAWAU, SABAH

Nama Program :
Majlis Sambutan Lawatan Penanda Arasan dari SMK Balung, Tawau, Sabah


Tarikh,Hari,Masa
29 Mac 2018- Khamis / 12:00 tengah hari  - 2:30 petang 

Tempat :
Dewan Terbuka / VLE Frog Classroom / Bilik Mesyuarat / Blok Tingkatan Enam SMK bandar Baru Salak Tinggi


Pengenalan :
Program Lawatan Penanda Arasan guru Tingkatan Enam dari SMK Balung, Tawau ke SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang merupakan satu program perkongsian  maklumat  mengenai program-program yang dilaksanakan bagi memperkasa Tingkatan Enam.

Objektif :

Objektif lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi ilmu yang berkaitan    dengan:
   3.1   Sistem pengurusan Tingkatan Enam di sekolah
   3.2   Sistem fail dan dokumentasi
   3.3   Program kecemerlangan akademik
   3.4   Budaya sekolah
   3.5   Pengurusan Kerja Kursus

Rasional


Selaras dengan dunia teknologi masa kini, pelbagai kaedah yang berkesan dapat dilaksanakan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, hubungan dua hala ini diharapkan dapat meningkatkan kemenjadian pelajar dalam semua aspek sama ada akademik, kokurikulum maupun sahsiah pelajar

Sasaran :
Semua tetamu dari SMK Balung Sabah,  SLT/GKMP, guru Tingkatan Enam dan pelajar Tingkatan Enam SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Unit Tingkatan Enam SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Pelaporan :

Atur Cara Majlis :

12:00 tgh.
Ketibaan tetamu
12.05 tgh.
Sesi bergambar di Dewan Sanggar  Wacana 
12:20 tgh.
Lawatan ke bilik Frog VLE
12:30 tgh.
Bergerak ke Bilik Mesyuarat
Bacaan Doa
Persembahan montaj
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengetua
Ucapan wakil SMK Balung
Upacara menandatangani MOU
Penyampaian cenderamata
1:30 ptg.
Jamuan
2:00 ptg.
Lawatan ke bilik darjah di  Blok Tingkatan Enam
Sesi Bergambar
Majlis Bersurai


Pada hari ini, kira-kira pada pukul 12:00 tengah hari, seramai sebelas orang Guru Tingkatan Enam dari SMK Balung, Tawau, Sabah telah sudi datang berkunjung ke SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Sebelum itu mereka telah melawat ke SMK Sg.Pelek pada awal paginya. Alhamdulillah majlis sambutan ini berjalan lancar. Komunikasi dua hala berlaku dalam suasana yang harmoni dan sangat mesra walaupun baru pertama kali bertemu. Pihak tetamu amat berharap akan berlaku kunjungan balas dari SMK BBST ke sekolah mereka pula. Majlis tamat kira-kira pada pukul 2:30 petang.


Sambutan Kehadiran Tetamu




 Sesi Bergambar di Dewan Sanggar Wacana


Lawatan ke Bilik VLE Frog 

 Sesi pdpc MUET oleh Pn Nor Razalina


Sesi Perkenalan dan Perkongsian Ilmu di Bilik Gerakan




Sesi Menandatangani MOU Pendidikan 



Penyampaian Cenderamata




 Lawatan ke Bilik Darjah di Blok Tingkatan Enam


 Di Kelas Enam Atas Dua



Sesi Bergambar di Blok Tingkatan Enam



Tetamu Bergerak Pulang 

                                      

Monday, May 7, 2018

Pertandingan: Karnival Bahasa Melayu Daerah Sepang 2018

Tarikh: 31 Mac 2018

Hari: Sabtu

Anjuran : PPD, Sepang

Tempat: SMK Puta Perdana, Sepang

Objektif pertandingan:

  • Mencungkil bakat dan kreativiti murid.
  • Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu dan penghayatan dalam sastera.
  • Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid dan guru Daerah Sepang


Nama peserta:

1. Raidatul Batrisyia binti Ainor Azlan          ( Pertandingan sajak )
2. Dania Zafirah binti Sulaiman                    ( Penyampaian syair )
3. Nuranisha Shaqila binti Noor Azman       ( Pidato 
4. Maisarah Husna binti Azmi                      ( Forum Remaja )       
5. Nor Athirah binti Adnan                          ( Forum Remaja )
6. Nas Aqila Salwana binti Nabil                  ( Forum Remaja 
7. Dinda Laili Syifa binti Ab Manan            ( Forum Remaja )
8. Nurul Ashiqin binti Zulkefli                     ( Forum Remaja )
9. Suheil bin Omar                                        ( Sahibba )
10. Iman Zarith  bin Abdullah                       ( Sahibba )

            
Nama pemenang:
1. Suheil bin Omar                                          - Johan Sahibba
2. Iman Zarith  bin Abdullah                          - Naib Sahibba
3. Nuranisha Shaqila binti Noor Azman         - Tempat ketiga pidat
4. Dania Zafirah binti Sulaiman                      - sagu hati penyampaian syair




Peserta pertandingan puisi (Saguhati)

Johan dan tempat ketiga Sahibba.

Pertandingan Sahibba sedang berlangsung.

Tempat ketiga pertandingan pidato.


Pertandingan: Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tarikh:12 Februari 2018

Hari:Isnin

Tempat: SMK Dato Abu Bakar Baginda

Objektif pertandingan: 
Memperingati hari Pandu Puteri Malaysia pada setiap tahun disamping mengeratkan silaturrahim diantara ahli Pandu Puteri Daerah Sepang.

Nama peserta/Pemenang:


PANDU PUTERI REMAJA

Acara: Rekacipta Bahan Terbuang (TEMPAT KETIGA)
BIL
NAMA PESERTA
1
Mia Suria Binti Mohd Nasir
2
Nor Adriana Athirah Binti Salahudin
3
Nurain Binti Mohd Azmi
NAMA GURU PENGIRING: PN. ROSMAINI BINTI ABDULLAH

Acara: Gubah Bunga                                                      
BIL
NAMA PESERTA
1
Mardiana Binti Mazlan
2
Az-Zahrotun Najiha Binti Mohd Razif
3
Nur Ainin Sofiya Binti Zulkefli
NAMA GURU PENGIRING: PN. ROSNANI BT MOHD GUTH

Acara: Public Speaking  (TEMPAT KETIGA)           
BIL
NAMA PESERTA

1
Darwisyah

NAMA GURU PENGIRING: PN. SALIZAWATI BT KADIR



PANDU PUTERI RENJER


Acara: Cross Stitch (NAIB JOHAN)                           

BIL
NAMA PESERTA
1
Ajraa Azmi Binti Amraa
2
Damiea Binti Amri
NAMA GURU PENGIRING: PN. SALIZAWATI BT KADIR

Acara: Seni Ikatan Anduh (TEMPAT KETIGA)       
BIL
NAMA PESERTA
1
Fatin Aufa Binti Rosli
2
Nur Alia Najwa Binti Mohd Osnawi
3
Nur Azra Fathini Bt Khairul Anuar
NAMA GURU PENGIRING: PN. ROSNANI BT MOHD GUTH

Acara: Public Speaking  (TEMPAT KETIGA)           
BIL
NAMA PESERTA
1
Nur Aisyah Bt Mohd Nazarudi
NAMA GURU PENGIRING: PN. SALIZAWATI BT KADIR

Acara: Membina Gajet (TEMPAT KETIGA)            
BIL
NAMA PESERTA
1
Nurafiqah Nadhirah Binti Zulmat
2
Nur Khairunnisa Bt Kamaruzaman
3
Nur Arisha Binti Abd Rahman
4
Nurin Irdina Bt Mohd Zaki
NAMA GURU PENGIRING: PN. ROSNANI BT MOHD GUTH

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.


Pemenang mengambil hadiah di pentas.


Peserta individu.