Thursday, February 8, 2018

CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) 3.2

Tajuk Program :
CPD TeachSmart 3.2 - Kajian Tindakan

Tarikh,Hari,Masa

5,6 dan 8 Februari 2018- Isnin/Selasa/Khamis/ 2:00 petang - 4:petang / 11:00 pg - 1:00 petang

Tempat :
Bilik Bahasa SMK bandar Baru Salak Tinggi

Sasaran :
Semua Guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Program Sekolah Amanah (TeachSmart Programme )

Matlamat CPD :
1. Ke arah membudayakan guru-guru SMK BBST menggunakan pelbagai data dan melaksanakan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan keberkesanan amalan guru seterusnya  meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia  menerusi  Pembelajaran Abad ke-21.

2.  melayakkan SMKBBST untuk mendapat akreditasi Program Sekolah Amanah dengan sekurang-kurangnya 70% guru melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan amalan pdpc mereka dan menambahbaik perkembangan dan pencapaian murid

Objektif CPD :
Untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang Kajian Tindakan

Kriteria Kejayaan:
Peserta kursus dianggap berjaya jika dapat:

1. Mengenal pasti tujuan kajian tindakan
2. Mengenal pasti format penulisan  proposal kajian tindakan
3. Mengenal pasti format penulisan laporan kajian tindakan
4. Mengenal pasti cara mengenal pasti  isu atau fokus kajian tindakan


Penceramah/Fasilitator/Middle Leader

1. Datin Rosnani bt Ab.Latif
2. Pn.Hamizah bt Yeop Yahya
3. Pn Siti Suryani bt Malat
4. Pn.Siti Zamhemrah bt Mat Ghani
5. Pn.Puvana a/p Palanisamy

Pelaporan :

CPD di bawah tajuk kajian tindakan ini diadakan bagi memastikan semua guru SMK BBST diberi pendedahan tentang proses kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan sebagai satu sasaran guru ( teacher target ) untuk tahun 2018. Di samping itu diharapkan juga dengan adanya pendedahan ini, guru-guru SMKBBST akan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan pdpc masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan ini yang melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati agar dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian murid. 

CPD ini dilaksanakan dalam empat kumpulan mengikut bidang iaitu :
                      Isnin   - guru-guru bidang Bahasa, 
                      Selasa - guru-guru bidang Sains dan Matematik, 
                      Khamis ( 2 slot )  :
                                    pagi      -  guru sesi petang 
                                    petang  -  bidang Kemanusiaan.



Pembentangan oleh Pn Siti Zamhemrah bt Mat Ghani sebagai pembuka tirai CPD

Ml Pn Siti Suryanai Malat - menjelaskan format penulisan proposal kajian tindakan

Pn Hamizah bt Yeop Yahya menjelaskan format pelaporan kajian tindakan
Pn Puvana a/p Palanisamy menjelaskan cara-cara mengenal pasti isu atau fokus kajian tindakan


Aktiviti Token Talk Time - berbincang  menggunakan thinking prompts

Pn Rosnani Ab Latif menerangkan PMS/ART guru-guru bagi sesi 2018

Para peserta memberi maklum balas 

Group 2 ML bersama-sama SLT - Ustaz Salehin bin Abdullah dan EP- Pn.Michell

Sunday, February 4, 2018

OUTREACH PERKHIMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tajuk :
Outreach Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK.BBST Tahun 2018

Tarikh / Hari / Masa:
29 Januari 2018  / Isnin / 7.30 pagi 

Tempat:
Dataran Pengetua SMK BBST.

Sasaran:
Semua Warga SMK BBST

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BBST

Penceramah/Fasilitator :
Kaunselor SMK.BBST

Pelaporan:

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan sesi outreach kepada warga SMKBBST semasa perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada hari Isnin bersamaan 29 Januari 2018. Objektif outreach adalah untuk menyebar luaskan maklumat  perkhidmatan yang ditawarkan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBBST. Dalam outreach ini Kaunselor telah memberi maklumat tentang jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan bagaimana temujanji boleh dibuat oleh murid untuk berjumpa Kaunselor dan peraturan yang perlu mereka patuhi. Selain itu seluruh warga SMKBBST turut diperkenalkan kepada barisan Kaunselor sesi pagi iaitu Puan Rosnah bt. Abdul Latif, Puan Aida bt Wahid dan Puan Dzarifah bt Husain. Adalah diharapkan melalui outreach perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini, murid akan lebih mengenali Kaunselor SMKBBST dan menggunakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan sebaiknya.


Memperkenalkan Barisan Kaunselor Sesi Pagi SMKBBST

Taklimat Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling