Saturday, August 26, 2017

BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU STPM PENGGAL SATU 2017

Nama Program : 
Bengkel dan Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM Penggal Satu 2017

Tarikh,Hari,Masa  :
19 Ogos 2017, Sabtu, 9.00 pagi-12.30 tengah hari

Tempat
Bilik Gerakan SMKBBST

Objektif 
1. memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 6 Bawah tentang teknik menjawab Soalan Bahasa
    Melayu Penggal 1 khususnya :
    Soalan Bahagian B - Pembacaan Analitis dan Kritis
    Soalan Bahagian  C - Penulisan Esei Tidak Berformat

2.  membantu pelajar yang mengambil peperiksaan Ulangan mengulang kaji pelajaran atau kemahiran      khususnya kemahiran menulis esei.

Peserta 
Semua Pelajar Tingkatan 6 Rendah
Pelajar Penggal 3 yang mengambil Peperiksaan Ulangan Penggal 1

Guru yang Terlibat
Pn Hjh.Suraini bt Awang Che Mat
Pn Hamizah binti Yeop Yahya

Penceramah
Encik Mohd Khir bin Kassim
Guru Bahasa Melayu Kolej Tingkatan 6 Seri Petaling

Kehadiran
45 orang pelajar 6 Bawah 2 dan 6 Bawah 3
10 orang pelajar 6 Atas yang mengulang Kertas Bahasa Melayu Penggal 1


Pelaporan
Alhamdulilah, program ini telah berlangsung dengan lancarnya. Para pelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek yang diuji dalam peperiksaan STPM Penggal 1 untuk subjek Bahasa Melayu dan pelajar juga dimaklumkan tentang aspek kesalahan atau kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan khususnya dalam penulisan esei pendek dan esei tidak berformat. Selain itu, pelajar diperkenalkan dengan Teknik Formula untuk mengembangkan setiap perenggan karangan iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Diharapkan dengan adanya program ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan mereka dapat menjawab soalan dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 nanti.


Penceramah Jemputan - Encik Mohd Khir bin Kassim



Sebilangan pelajar  6 Bawah yang  yang terlibat
  

Sebahagian Pelajar  6 Atas yang akan mengambil  Peperiksaan Ulangan Bahasa Melayu Penggal 1

Majlis Penyampaian Cenderamata kepada Penceramah Tanda Penghargaan dan Terima Kasih



Thursday, August 17, 2017

KOLOKIUM 'MINI-RESEARCH STUDY' : TINGKATAN 6 2017

TAJUK : Kolokium "Mini-Research Study" : Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK BBST

Tarikh : 9 Ogos 2017
Hari : Rabu
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK BBST
Guru Pembimbing : Puan Hjh. Noor Razalina binti Hj. Mohd Rashid
Pembentang : Kesemua murid-murid Tingkatan 6 Atas 1, SMK BBST
Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK BBST 
Anjuran : KESUREA dan Unit MUET 
Objektif: 
1. Meningkatkan prestasi pencapaian MUET pelajar khususnya bagi kertas 4 - "Writing"
2. Menggalakkan pelajar membuat kajian berdasarkan topik yang ingin dikaji oleh mereka.
3. Menanam sikap ingin berpasukan, toleransi dan kerjasama dalam mencapai matlamat pasukan.
4. Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam memproses maklumat.
5. Menyemai kemahiran "soft-skills" atau nilai-nilai insaniah dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan skop kajian masing-masing.
6. Meningkatkan keyakinan dan nilai efikasi kendiri dalam kalangan pelajar.
7. Melahirkan pelajar yang berani memberi pendapat berdasarkan fakta dan kajian secara teliti dan berhemah.

Laporan :
Program ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang, yang mana ia melibatkan :
1) Tiga orang panel penilai iaitu En. Neil Creek (Pegawai LeapEd Services, Trust School), Puan Nur Reida Ainul Maslih (AJK PIBG SMK BBST / Pensyarah Kolej MARA Banting, Selangor) dan Puan Liza Zeni (Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK BBST).
2) Senarai Jemputan termasuk Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, pegawai-pegawai LeapEd Services Program Sekolah Amanah, para pentadbir, guru-guru tingkatan 6 serta pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK BBST.
3) Keputusan Pertandingan Pembentangan Kajian :
Johan :               Kumpulan 3 (Nur Faez Suraihan binti Zulkifli, Nurul Affiqah Izzati binti Che                                                       Hakirazian, Nurafifah Aina binti Noor Rizan)
Naib Johan :       Kumpulan 2 (Sofia Nur Diana binti Masyop, Nuratiqah Farhana binti A. 
                                                        Halim)
Tempat Ketiga : Kumpulan 1 (Nurul Nadiah binti Nazaruddin, Wahsuffi binti Sajuri)

Diharapkan program seperti ini dapat dikembangkan lagi sehingga ke peringkat daerah bagi mengembangkan potensi dan kebolehan pelajar-pelajar tingkatan 6 amnya.

Sekian. Terima kasih.



 Sesi bergambar barisan panel hakim, pembentang dan guru-guru Tingkatan 6 SMK BBST

Naib Johan - Kumpulan Sofia dan Atiqah

Johan - Kumpulan Faez Suraihan, Aina dan Affiqah

Tempat Ketiga - Nadia dan Wahsuffi


Perkongsian maklum-balas oleh panel hakim.

Tuesday, August 15, 2017

 PERTANDINGAN PING PONG DALAM KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6                                          PERINGKAT NEGERI 2017

Tarikh: 12 Ogos 2017, Hari: Sabtu, Masa: 8:00 – 6:00 petang
Tempat:  Dewan Sekolah, SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam
Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (Unit Tingkatan 6)
Pengurus Pasukan: Pn. Puvana Palanisamy
Peserta/ Sasaran: Seramai 12 orang pelajar Ting.6
Pelaporan:
Penganjuran kejohanan sukan ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam penjenamaan semula Tingkatan 6 dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan Tingkatan 6 setara dengan sistem pendidikan prauniversiti yang lain. Tujuannya adalah untuk  memberi peluang dan ruang kepada pelajar Tingkatan 6 melibatkan diri dalam bidang sukan di samping membolehkan pemarkahan kokurikulum bagai pelajar Tingkatan 6 sepertimana digariskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian. 
 Antara Acara yang dipertandingkan:
1. Futsal
2. Bola Jaring
3. Bola Tampar
4. Ping Pong
5. Petanque

Pelajar Tingkatan 6 SMK BBST terlibat dalam Pertandingan Ping Pong.
Senarai nama pelajar yang terlibat:
1. Jurulatih: Disnawatie bt Ibrahim
2. Fisioterapi: Muhammad Syanizam bin Md. Amin
3. Pemain Perseorangan Lelaki: Muhammad Firhan b. Feri
4. Pemain Perseorangan Lelaki: Engku Muhammad Irfan b. Che Ku Mawardi
5. Pemain Beregu Lelaki: Muhammad Nazri b. M. Hafidz
6. Pemain Beregu Lelaki: Abdul Halim b. Mohamed
7. Pemain Perseorangan Perempuan: Siti Nur fatihah bt Hamizan
8. Pemain Beregu Perempuan: Nurfarzana Afiqah bt Ridzuan
9. Pemain Beregu Perempuan: Effa Zuhairah Balqis bt Badrul Hisham
10. Pemain Simpanan: Ahmad Amirul Ahmad Jalil
11. Pemain Simpanan: Tengku Nur Azreen Adrina Puteri bt Tengku Long Azhar
12. Pemain Simpanan: Nurul Izzah bt Yusof

Semua pemain Ting.6  yang terlibat memberikan kerjasama  dan  komitmen yang tinggi.


Setelah sampai di SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sabak Bernam

Semua pemain T6 SMK BBST berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 4.50 pagi.
Sebelum bertolak dari Sabak Bernam

Pasukan  Beregu Lelaki Sepang  sedang berlawan dengan pasukan Klang 

Perseorangan  Lelaki Sepang  sedang berlawan dengan pasukan Klang

Monday, August 14, 2017

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM

Nama Program : 
Teknik Menjawab Sejarah SPM

Tarikh / Hari / Masa :
5 Ogos 2017 / Sabtu / 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat  :
Dewan Budiman Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Peserta  :
45 orang pelajar tingkatan 5

Anjuran :
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Guru-guru Cemerlang Sejarah Negeri Selangor 

Guru Pengiring :  Pn Wan Khairizan bt Meor Abdullah
                                 Pn Salizawati bt Kadir

Pelaporan :

Teknik menjawab sejarah SPM telah berlangsung di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan UKM pada 5 Ogos 2017 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 45 orang pelajar telah dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu . Pelajar-pelajar yang terlibat telah mendapat gred B dan C dalam peperiksaan dan perlu melonjakkan keputusan mereka ke tahap yang lebih cemerlang. 

Teknik menjawab ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan guru-guru cemerlang sejarah Negeri Selangor. Sepanjang program ini, pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan struktur dan esei mengikut topik-topik penting berdasarkan analisis SPM tahun-tahun lepas. 

Pelajar dikumpulkan di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan UKM

Sesi pengenalan sebelum taklimat

Pelajar bersedia untuk mendengar taklimat


Monday, August 7, 2017

PROGRAM CAKNA BAHASA MELAYU SPM 2017

Nama Program : 
Cakna Bahasa Melayu SPM 2017

Tarikh , Hari dan Masa : 
1 Ogos 2017, Selasa, 7:30pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : 
Dewan Makan Asrama SMKBBST

Anjuran : 
Kolaboratif  JPS, PPD dan Universiti MAHSA 

Penceramah : 
Kertas 1: En Mohd Hamir Haberd bin Mohd Abdul Settar
Kertas 2: Pn Misliah binti Ahmad

Sasaran / peserta : 179 orang pelajar 5SA hingga 5 PP

Pelaporan : 

Program Cakna Bahasa Melayu SPM 2017 dijalankan bagi meningkatkan kualiti pencapaian BM SPM 2017 Daerah Sepang dan Negeri Selangor agar setanding dengan pencapaian daerah dan negeri lain.  Penceramah merupakan guru yang berpengalaman luas dan mahir dalam penandaan Bahasa Melayu SPM.

Pelajar juga disediakan modul yang dihasilkan dengan kerjasama Universiti MAHSA melalui kerjasama dengan jurulatih Bahasa Melayu Negeri Selangor. 

Program dimulakan dengan bacaan Asma Al Husna dan terapi doa bagi memantapkan rohani pelajar.  Wakil universiti MAHSA turut berucap dan memperkenalkan universiti kepada para pelajar. 

Pelajar juga berikrar pada akhir program bagi meningkatkan motivasi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2017.

Pelajar berikrar di akhir program

Sesi soal jawab bersama pelajar

Pelajar tekun mendengar ceramah

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Aktiviti kumpulan semasa program

Sesi bergambar bersama pelajar-pelajar

Sesi bergambar selepas program

Sunday, August 6, 2017

KARNIVAL SUKAN TINGKATAN 6 PERINGKAT DAERAH SEPANG KALI KE 4, 2017


Tajuk : 
Karnival Sukan Tingkatan 6 Peringkat Daerah Sepang kali ke-4, 2017

Tuan Rumah : 
SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Tarikh / Hari / Masa :
2 Ogos 2017 / Rabu /  7.30 pagi hingga 2.30 petang

Tempat : 
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Sasaran :
Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Daerah Sepang – SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SAM Bandar Baru Salak Tinggi, SMK Cyberjaya dan SMK Sungai Pelek

Anjuran : 
Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

Objektif :
1. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
    2. Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri dan berdaya-saing
    3. Membina  dan memupuk sikap pelajar yang sentiasa mengamalkan semangat juang yang tinggi serta mempraktikkan semua isi kandungan kurikulum dalam kehidupan seharian.
    4. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar tingkatan 6 dalam daerah Sepang.
    5. Mencari pasukan pelapis sekolah untuk pertandingan peringkat negeri tingkatan 6 daerah Sepang.

Laporan:
Karnival tahunan ini telah berjalan dengan lancar bermula dengan latihan dari peringkat sekolah sejak awal Februari hingga saat-saat akhir karnival. Begitu juga dengan beberapa mesyuarat di peringkat daerah serta taklimat yang disampaikan kepada pelajar.

Keputusan:
    1) SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Johan Catur
Johan Ping Pong
Naib Johan Bola Jaring
Naib Johan Bola Tampar (P)
Ketiga Futsal
Ketiga Scrabble

Kedudukan Keseluruhan : Ketiga

Peserta catur sedang beraksi.


Peserta Tingkatan 6

Perlawanan sedang berlangsung antara sekolah.

Sesi penyampaian hadiah.

Sesi bergambar bersama peserta-peserta Sukan Tingkatan 6.

Saturday, August 5, 2017

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN

Nama Program:
Latihan Kawad Kebakaran

Tarikh, Hari dan Masa:
3 Ogos 2017, Khamis
Sesi Pagi: 9.00 pagi
Sesi Petang: 5.00 petang

Anjuran:
Jawatankuasa Sekolah Selamat SMK Bandar Baru Salak Tinggi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA

Pelaporan:

Jawatankuasa Sekolah Selamat SMK BBST dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA telah menjalankan sesi latihan kawad kebakaran pada 3 Ogos 2017. Antara objektif program ini adalah:

  • memberi kesedaran kepentingan menjaga keselamatan
  • melatih warga sekolah menghadapi situasi kecemasan
  • menjalin hubungan dan usahasama bersama agensi Bomba
Latihan bagi sesi pagi telah dilaksanakan pada jam 9.00 pagi manakala sesi petang bermula jam 5.00 petang. Apabila siren kecemasan dibunyikan semua warga sekolah akan bergerak pantas menuju ke kawasan berkumpul yang ditetapkan iaitu di padang sekolah. Warga sekolah perlu mengikut panduan laluan yang telah ditetapkan supaya pergerakan menjadi pantas dan selamat.

Pelajar berbaris mengikut kelas dan kedatangan diambil oleh guru kelas untuk dilaporkan kepada Penyelaras Latihan Kawad Kebakaran. Warga sekolah diberikan taklimat oleh wakil Bomba. Kemudian, telah diadakan demonstrasi penggunaan peralatan kebakaran oleh pihak Bomba.

Warga SMK BBST bergerak ke tempat berkumpul di padang sekolah

Kehadiran diambil oleh guru tingkatan

Taklimat kebakaran daripada wakil Jabatan Bomba KLIA

Demonstrasi memadam kebakaran oleh wakil murid

Demostrasi memadam kebakaran oleh wakil murid

Demonstrasi memadam kebakaran oleh PK Kokurikulum

Demonstrasi memadam kebakaran oleh Pengetua




Friday, August 4, 2017

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) SPM

Nama Program  :   Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) SPM
Tarikh                  :   22 Julai - 23 Julai 2017, 
Hari dan Masa   :    Sabtu dan Ahad, 8.00pagi - 11.00malam
Tempat                :    Sekolah Agama Menengah BBST
Anjuran               :    Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
Peserta                 :   Aliran Sastera  -  150 orang
                                   Aliran Sains     -  100 orang
Pelaporan           :

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah menganjurkan Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) SPM sebagai salah satu program kecemerlangan akademik calon SPM 2017. Program ini telah berlangsung selama 2 hari (sepenuh masa) bertempat di Sekolah Agama Menengah BBST. SMK Bandar Baru Salak Tinggi telah memilih dan menghantar seramai 39 orang pelajar tingkatan 5. Mata pelajaran yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sejarah, Fizik, Kimia, Sains Teras dan Matematik Tambahan. Pihak sekolah juga turut melibatkan guru mata pelajaran sebagai fasilitator bagi membantu dan memastikan kelancaran program.

Program sebegini dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar yang terlibat untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Program ini juga dapat memantapkan lagi persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Diharapkan program kerjasama PPD dan sekolah-sekolah daerah Sepang ini dapat membantu pelajar-pelajar daerah Sepang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017.

Slot Kecermerlangan Akademik Bahasa Inggeris

Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan

Pelajar sedang mendengar taklimat bagi slot Bahasa Melayu

Pegawai (SISC+) PPD mengendalikan bengkel Matematik Moden 

Perbincangan dalam kumpulan bagi slot Kimia

Aktiviti dalam kumpulan bagi slot Biologi