Monday, February 20, 2017

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang 2017

Nama Program ;
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang 2017

Tarikh, Hari, Masa :
6 - 7 Febuari 2017, Isnin dan Selasa, 8.00 pagi - 4.00 petang

Tempat:
Sek. Men.Keb. Cyberjaya

Anjuran ;
MSSD Daerah Sepang

Pencapaian;
Kategori Bawah 18 - Regu B - Johan
Kategori Bawah 15 - Regu A - Tempat ke-3
                                - Regu B  - Johan

Pelaporan;

Sekolah kita SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang telah menghantar seramai 12 orang pelajar untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang yang diadakan di Sek. Men. Keb. Cyberjaya. Sekolah kita SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang telah mendapat Johan bagi Regu B (Kategori Bawah 18) dan tempat ke-3 untuk Regu A dan Johan bagi Regu B (Kategori Bawah 15).

Sepak Takraw Kategori Bawah 15

Sepak Takraw Kategori Bawah 15 Regu B

Sepak Takraw Kategori Bawah 18

Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 2017

Nama Program :
Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 2017

Tarikh, Hari, Masa
18 Januari 2017, Rabu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat:
Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek

Anjuran: MSSD Daerah Sepang.

Pencapaian: 
No. 5 lelaki 15 - Dodie Alfareq
No. 7 lelaki 18 - Nuril Ahzim

Pelaporan :

MSSD Daerah Sepang telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi Daerah Sepang tahun 2017. Untuk sekolah menengah kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya telah menjadi tuan rumah untuk kali ini. Sebelum kejohanan sebenar, pada 17 Januari 2017 adalah hari latihan dan pengenalan laluan bagi peserta. Sekolah kita SMK BBST, telah menghantar 4 orang peserta bagi setiap kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun dan Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Sekolah kita, SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ,mendapat tempat kelima bagi Lelaki Bawah 15 Tahun dan tempat ketujuh bagi Lelaki Bawah 18 Tahun.


Peserta Perempuan Bawah 18 mengambil tempat.

Peserta Lelaki Bawah 18 mengambil tempat.



Peserta Lelaki Bawah 15 mengambil tempat.


No. 5 lelaki 15 - Dodie Alfareq


No. 7 lelaki 18 - Nuril Ahzim




Nama Program:
Pertandingan Infohunt SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Tarikh, Hari Dan Masa:
13 Februari 2017, Isnin, 2.00-5.00 petang

Tempat:
Pusat Sumber Sekolah Dan Bilik Bahasa Jepun

Anjuran:
Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Peserta:
66 Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Pelaporan:

Pertandingan Infohunt peringkat sekolah telah dijalankan hasil kerjasama Pustakawan daripada Management And Science University (MSU) Shah Alam dan 10 Pengawas PSS sebagai tenaga bantu pada 13 Februari 2017. Pertandingan ini melibatkan 11 kumpulan atau 66 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKBBST . Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada peserta di Bilik Bahasa Jepun oleh En Aiman Ariff dan taklimat kepada tenaga bantu disampaikan oleh En Rafi di PSS.

Pertandingan bermula apabila peserta di lepaskan secara berperingkat dalam kumpulan di bilik kuarantin iaitu Bilik Bahasa Jepun.  Peserta seterusnya bergerak ke lima stesen yang ditetapkan iaitu Foyer Bilik Bahasa (S1), PSS  (S2), Surau (S3), Makmal Sains (S4) dan tempat meletak basikal (S5) bagi menguji ketahanan fizikal. Disetiap stesen peserta akan diuji pengetahuan mereka dalam aspek bahasa, sains, matematik, sejarah, geografi dan pengetahuan am . Melalui pertandingan ini juga akan dapat memupuk sikap kepimpinan, toleransi ,persefahaman dan kerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu,pertandingan ini juga bertujuan mencari 12 calon peserta Pertandingan Akhir Infohunt peringkat kebangsaan untuk mewakili sekolah di MSU pada 26 Julai 2017 yang melibatkan sekolah di negeri Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.

Peserta yang telah melengkapkan semua tugasan di stesen yang ditetapkan perlu ke bilik kuarantin semula untuk menekan loceng penamat bagi menentukan tempoh masa setiap kumpulan menyiapkan tugasan. Pemenang ditentukan berdasarkan ketepatan jawapan dan tempoh masa menyiapkan tugasan paling singkat. Dua Pustakawan MSU bertugas sebagai hakim untuk menentukan pemenang dalam pertandingan ini. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan Geng Firasat Tembam ( 33minit 24 saat), Naib Johan oleh Kumpulan Saya ( 37minit 49 saat) dan tempat ketiga Kumpulan Belia Seriemas (39 minit 05saat).
Taklimat kepada tenaga bantu Pertandingan Infohunt di Pusat Sumber Sekolah
Taklimat kepada peserta di bilik kuarantin ( Bilik Bahasa Jepun)

Peserta menjawap soalan di stesen 1: Foyer Bilik Bahasa

Dua kumpulan di stesen 3( Surau) untuk menjawab soalan yang diberikan oleh tenaga bantu 

Peserta menjawab soalan di stesen 2: Pusat Sumber Sekolah
Peserta menamatkan pertandingan selepas menekan loceng 

Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh En Salehin Abdullah  (Penolong Kanan Akademik)

Sunday, February 19, 2017

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD AMIN BERSAMA PELAJAR ASRAMA


Nama Program:
Majlis perpisahan pelajar asrama bersama mantan PK HEM SMK BBST, Encik Mohd Amin Bin Misnoh 

Tarikh,Hari,Masa:
17hb Februari 2017, Jumaat, 9.30p.m-10.30p.m

Tempat:
Dewan Makan Asrama

Anjuran:
Pelajar asrama

Peserta:
Semua pelajar asrama dan warden 

Pelaporan
Pelajar asrama bersama warden asrama telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Encik Mohd Amin Bin Misnoh pada 17 hb Februari pada jam 9.30 malam selepas pelajar selesai menyelesaikan solat fardhu Isyak. Encik Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amin di kalangan pelajar asrama yang merupakan mantan PK HEM SMK BBST telah ditugaskan sebagai Pengetua di SMK Sungai Rawang.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya, ucapan oleh ketua pelajar asrama Uthmann Al-Syuraem, ketua warden Encik Mohd Asraf dan seterusnya ucapan oleh Encik Mohd Amin. Ketika beliau berucap, beliau telah berpesan kepada pelajar asrama tentang 3S 1P yang bermaksud Sijil Akademik, Sijil Kokurikulum, Sijil Sahsiah dan Pahala. Selain itu, beliau juga menekankan tentang disiplin pelajar. Beliau berpesan supaya tidak melakukan kesalahan disiplin yang boleh menyebabkan pelajar dibuang asrama. Antara kesalahan yang ditekankan oleh beliau ialah kesalahan keluar tanpa kebenaran warden, membuli, dan merokok.

Selain itu, beliau juga mengingatkan pelajar asrama agar menjaga dan menggunakan kemudahan-kemudahan di asrama seperti, mesin basuh, komputer beserta pencetak, mesin penapis air dan tempat menggosok pakaian dengan baik dan berhemah. Encik Mohd Amin juga menasihatkan pelajar asrama supaya mengikuti semua program-program yang sedang dilaksanakan. Antaranya, kelas Hafazan Al-Quran kaedah Al-Baghdadi, Kelas Fardhu Ain, Kelas Tambahan Berfokus dan Kelas Kemahiran Belajar. 

Pada penghujung ucapan beliau berpesan supaya pelajar asrama menjaga hubungan baik dengan ibubapa, guru serta para warden. Encik Mohd Amin berharap agar pelajar asrama SMK BBST terus cemerlang pada masa akan datang.



Encik Mohd Amin menyampaikan nasihatnya kepada pelajar asrama  

Pelajar aspura dan aspuri 

Cikgu Asraf mewakili pihak asrama menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd Amin sebagai tanda kenangan 

Encik Mohd Amin bersama isteri dan para warden













Thursday, February 16, 2017

Majlis Pelancaran Bulan PPDa Tahun 2017

Nama Program :
Majlis Pelancaran Bulan PPDa Tahun 2017

Tarikh, Hari, Masa : 
13hb Februari 2017, Isnin, 7.45 pg - 9.00 pg 

Tempat :
Dataran Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran :
Unit Bimbingan & Kaunseling

Peserta :

Semua murid, Guru-guru, Kakitangan Sokongan Sekolah dan PIBG

Pelaporan
Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit PPDa dan PIBG SMK. Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan PPDa pada 13 Februari 2017 sewaktu perhimpunan rasmi sekolah. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd. Ghazali bin Haji Anuar, Penyelia Kanan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Majlis bermula pada jam 7.45 pagi dengan mengalu-alukan kehadiran Tn. Haji Ghazali ke Dataran Pengetua dengan diiringi Tn. Haji Arbain bin Pinni, Pengetua SMK.BBST dan Tn.Haji Helmy bin Arshad, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG). Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua dan diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Anuar. Dalam ucapan perasmian tersebut, anataranya beliau mengingatkan warga sekolah bahawa dadah telah diisytiharkan sebagai musuh utama negara dan berharap semua pihak bersama-sama membanteras penularan najis dadah ini. Warga sekolah juga diingatkan penularan pelbagai jenis dadah sintetik terbaru yang menjadikan murid sekolah sebagai sasaran pengedar. Selesai perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan sketsa pelajar, Persembahan solo lagu tema anti dadah dan persembahan nasyid. Majlis diakhiri dengan Ikrar Anti Dadah yang diketuai oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Ucapan Pengetua SMK.BBST
Ikrar Anti Dadah diketuai PRS

Guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah
Persembahan Lagu tema anti dadah
Acara kemuncak perasmian
Persembahan sketsa anti dadah
Ucapan perasmian Pelancaran Bulan PPDa


















Penetapan Target & Akur Janji Murid Asrama 2017

Nama Program :
Penetapan Target & Akur Janji Murid Asrama 2017

Tarikh, Hari, Masa : 
09hb Februari 2017, Khamis, 9.00  - 11.00 malam 

Tempat :
Bilik Bahasa SMK Bandar Baru Saslak Tinggi

Anjuran :
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMKBBST


Peserta :
Aspuri Dorm 5, Ibu bapa murid




Pelaporan :
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Penetapan Target & Akur janji Murid Aspuri Dorm 5 pada 09 Februari 2017 bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Program ini akan diadakan secara berperingkat mengikut dorm asrama berpandukan jadual yang telah ditetapkan. Ibu bapa turut dijemput hadir untuk bersama-sama murid bagi membincangkan target yang ingin dicapai anak masing-masing. Objektif program adalah meningkatkan prestasi pencapaian murid asrama dalam bidang akademik, sahsiah dan hafazan selain menggalakkan peranan ibu bapa sebagai pencetus motivasi dan menyokong anak-anak. Objektif program ini juga bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Program ini telah dikendalikan oleh Tn.Hj Arbain bin Pinni, Pengetua SMK.BBST dan dibantu oleh Kaunselor sekolah. Diantara pengisian program adalah pembentangan target murid asrama oleh Tuan Pengetua, menguji hafazan murid serta Akur Janji penetapan target murid di hadapan ibu bapa. Program ini telah memberi impak yang menyentuh hati ibu bapa dan murid yang terlibat. Ini kerana mereka berpeluang menyatakan perasaan dan harapan masing-masing untuk menjadi anak dan ibu bapa yang cemerlang. Program berakhir pada jam 11.00 malam.



Taklimat Pengetua kepada ibu bapa murid Aspuri



Menguji Hafazan murid Aspuri


Penetapan target murid Aspuri


Harapan dan kata-kata semangat Ibu bapa kepada anak-anak

YDP PIBG turut sama memberi kata-kata perangsang 
Mendoakan kejayaan anak-anak
Mempamerkan target di tempat yang disediakan & disaksikan Ibu bapa






Wednesday, February 15, 2017


KURSUS PEMANTAPAN CALON PENGAKAP RAJA DAERAH SEPANG 2017

Unit : Kokurikulum - Pengakap Laut

Tarikh : 10-12 Februari 2017


Hari : Jumaat - Ahad


Guru pengiring : Pn. Rosni binti Ibrahim dan Pn. Norizam binti Yong


Pembimbing : En. Nurfirdaus bin Nor Azman dan En. Wan AbdulLatif Afifi bin Wan Abdullah


Tempat : Pusat Kokurikulum Bagan Lalang

Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sepang

Pelaporan : Kursus ini diadakan bagi menyedia dan memantapkan Calon Pengakap Raja 2017 yang akan menjalani Ujian Sikap dan Pentarafan Pengakap Raja pada bulan Mac nanti. Seramai 9 orang calon pengakap raja daripada SMKBBST iaitu Adib Firzani Bin Hanif (5KM), Muhammad Izzat Bin Malek (5ST2), Muhammad Jasrul Hisham Bin Ismail (5ST2), Muhammad Nur Azan Bin Othman (5TI), Muhammad Zulhazim Bin Badrol Hisam (5PD), Wan Muhammad Syafiq Iqbal Bin Wan Othaman (5ST2), Azzri Izzah Azreen Binti Mohamed Zaris (5ST2), Nur Aleeya Syakila Binti Muhamad Subian (5ST1), Nurhanis Zahirah Binti Azhar (5ST1). Semoga semua calon SMKBBST berjaya menjadi Pengakap Raja Laut.

Membuat gajet tripod

Memotong buluh

 Taklimat

CPR SMKBBST bersama pembimbing sekolah
KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMIMPIN PENGAKAP LAUT KEBANGSAAN 2017

Unit : Kokurikulum - Pengakap Laut


Tarikh : 10-12 Februari 2017


Hari : Jumaat - Ahad



Tempat : Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah, Selangor.

Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

Pelaporan : Kursus ini diadakan bagi memantapkan pengurusan pemimpin pengakap laut di sekolah agar maklumat dan skim latihan yang betul dan tepat dapat dilaksanakan dalam kumpulan masing-masing. Seterusnya dapat melahirkan Pengakap Raja Laut yang dapat setanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai potensi besar dalam pelaksanaan dan pembangunan Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi perairan. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti kursus ini dari seluruh negara. SMK BBST telah diwakili oleh pemimpin kumpulan Pn. Norazizah binti Azmi dan penolong pemimpin Pn. Rozilah binti Razalai.

 Aktiviti renang dan menyelamat

Aktiviti renang dan menyelamat

Penerimaan sijil kursus

Penerimaan sijil kursus

Peserta kursus yang hadir

Tuesday, February 14, 2017

MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID

Nama Program : MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID

Tarikh : 6 Februari 2017  

Hari : Isnin

Masa : 7.30-8.30 pagi

Unit : Hal Ehwal Murid

Tempat : Dataran Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anjuran : KPM & PDRM 

Pelaporan : Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah & Peti Aduan Murid adalah kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.  Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara disamping berperanan sebagai guru disiplin. Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting.
Ucapan teks perasmian daripada PDRM yang disampaikan oleh Inspektor Farah Halim bt Azizan
Ucapan teks perasmian daripada KPM yang disampaikan oleh tuan pengetua Haji Arbain bin Pinni
 Penyerahan plak kepada pihak sekolah daripada PIBG
Penyerahan Peti Aduan Murid daripada PDRM

Saturday, February 11, 2017

Mesyuarat Agung Unit Kokurikulum 2017

Nama Program :
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2017

Tarikh, Hari, Masa : 
Unit Sukan
17hb Jan 2017, Selasa, 7.30 pg - 9.00 pg (Sesi Pagi), 5.00 ptg - 6.30 ptg (Sesi Petang)  

Unit Uniform
18hb Jan 2017, Rabu, 7.30 pg - 9.00 pg (Sesi Pagi), 5.00 ptg - 6.30 ptg (Sesi Petang) 

Unit Kelab dan Persatuan
19hb Jan 2017, Khamis, 7.30 pg - 9.00 pg (Sesi Pagi), 5.00 ptg - 6.30 ptg (Sesi Petang) 

Tempat :
SMK Bandar Baru Saslak Tinggi

Anjuran :
Unit Kokurikulum, SMKBBST

Pelaporan :

Unit Kokurikulum telah menetapkan Hari Mesyuarat Agung Kali Pertama pada sesi persekolahan bagi memberi kehadiran kepada pelajar untuk hadir pada kali pertama perjumpaan unit kokurikulum. Di ssamping itu juga, ia memudahkan guru penasihat melantik AJK tertinggi unit masing-masing agar unit itu berjalan dengan lancar. Perjumpaan unit kokurikulum berlangsung di sekitar SMK Bandar Baru Salak Tinggi mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Guru penasihat memberi taklimat kepada murid.

Pelajar mendengar taklimat oleh guru.

Taklimat diadakan di sekitar sekolah.

Pelajar mendengar taklimat oleh guru.

Pelajar Pendidikan Khas juga mengadakan mesyuarat agung bersama-sama arus perdana.

Pelajar pendidikan khas memberi perhatian semasa taklimat oleh guru mereka.